BAB
1 – APAKAH HAKIKAT BALA
BALA pada
definisi manusia adalah suatu peristiwa yang mendatangkan kesedihan dan
kesempitan hati kepada orang yang menanggungnya. BALA terjadi ketika seseorang
itu tidak menginginkan sesuatu itu berlaku kepadanya, menyebabkan jiwanya
menolaknya. Tetapi sifat BALA ialah walau ditolak, ditangisi dan diratap, ianya
tetap datang dan kadang2 lama dan berpanjangan dan kadang2 silih berganti
dengan pelbagai jenis BALA. Ianya lebih menyakitkan apabila BALA itu ditambah
dengan penghinaan dan celaan dari manusia sekeliling.
BALA pada
definisi manusia juga sering dikaitkan dengan kemiskinan hartabenda dunia,
kesakitan jasad, kejatuhan pangkat, perpisahan dengan orang tersayang. Ianya
dikatakan suatu kerugian kerana manusia itu dikatakan kehilangan kebahagiaan
hidup, kerana meletakkan kebahagian itu pada banyaknya hartabenda, kesihatan
tubuhbadan, pangkat yang tinggi serta disayangi dan dipuja oleh orang2
sekeliling.
Namun, hakikat BALA
pada sisi ALLAH merupakan satu peristiwa yang dicipta oleh Allah Al Khaliq yang
maha Pencipta dengan bertujuan agar manusia ingat kepadaNya dan datang dekat
kepadaNya merintih, merayu dan bermohon kepadaNya. BALA juga disisi ALLAH
dikurniakan tanda sayangNya Ya Rahim kepada hambaNya kerana dengan BALA tadi,
hamba itu akan dipimpin diatas jalan hidayah, jalan redhaNya dan jalan
syurgaNya. BALA sering datang ketika seorang hamba leka dan lalai dengan dunia
yang sifatnya melekakan dan melalaikan. BALA juga datang menjenguh seseorang
ketika dia tersasar dari orbit Islam, Iman dan Ihsan, tersasar dari jalan
syurga menuju kejalan neraka, tersasar dari jalan takwa kepada jalan
kemungkaran.
Hakikat BALA
disisi ALLAH bukanlah bertujuan untuk menyusahkan dan menyempitkan hambaNya,
tetapi sekadar membawa hambaNya ingat kepadaNya dan kembali kepada jalan yang
lurus. BALA juga disisi Allah merupakan mandian penyucian dosa bagi
membersihkan dosa dan karat2 dosa yang terjadi ketika seseorang hamba melakukan
dosa.
No comments:
Post a Comment