BAB
5 – MENUKAR JUBAH KEBENCIAN KEPADA JUBAH KASIHSAYANG
Seringkali
seorang manusia itu ketika dalam hatinya penuh dengan perasaan benci kepada
seseorang, dia umpama memakai jubah kebencian, yang mana dengan jubah itu,
orang lain sentiasa merasai kebencian darinya dalam setiap langkah
perbuatannya. Dia hadir dalam hidup manusia seumpama seorang Raja Yang sangat
garang, yang maha kehadirannya seringkali menggerunkan hati2 orang sekeliling.
Ini kerana, panahan kata2 yang seringkali keluar dari lidahnya sangat pedih dan
tajam yang mampu menghiris2 hati2 manusia sekeliling. Amalkan tips berikut
untuk menukar jubah kebencian kepada jubah kasihsayang:
1.
YA ALLAH YA FATAH yang Maha
Membuka, bukalah jalan keluar dari hatiku, perasaan benci yang bertapak dihati
ini, seumpama terbukanya jubah yang dipakai oleh seorang Raja yang sangat zalim
yang penuh kebencian.
2.
YA ALLAH YA MAJID YA HAMID YA
RAHMAN YA RAHIM, yang Maha Budi pekerti mulia, Maha terpuji, Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang, pakaikan daku dengan pakaian jubah budi pekerti mulia dan
sifat terpuji serta dihiasi dengan mutiara kasihsayang yang bergemerlapan yang
akan menzahirkan kasihsayang dalam setiap perkataan dan perbuatan.
No comments:
Post a Comment