BAB
3 – TEKNIK MEMINUM AIR KASIHSAYANG UNTUK MELONGKAH KEBENCIAN
Seseorang
manusia seringkali kering kasih sayang, yang beertinya hatinya tidak mampu
merasakan perasaan kasih, perihatin, ingin menolong sesama sendiri, tidak punya
rasa kasihan belas dan seringkali perasaan kering ini menyebabkan tali
silaturrahim akan putus. Sekiranya dalam keadaan biasa pun, seseorang itu tidak
mampu merasakan keperihatinan tanpa kasih sayang Allah Ar Rahman Ar Rahim,
apatah lagi sekiranya ada peristiwa yang mencetus kebencian, seperti kata2 yang
sinis, pandangan mata yang tajam penuh dengan kebencian dan dendam, perbuatan
yang kasar yang menampakkan kebencian dalam hati seperti menghempas pintu,
melempar sesuatu atau memarahi seseorang yang lain sebagai tanda protes kepada
seseorang yang lain. Sekiranya berlaku perkara diatas, amalkan tips berikut:
1.
YA ALLAH YA MUHYI YA RAHMAN YA
RAHIM, yang maha menghidupkan, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, segarkan
hatiku yang kering ini dengan minuman kasih sayangMu agar dengan mengalir
kasihMu, dapatlah dilongkahkan kebencian sangat sangat kuat melekat dihati ini.
2.
YA ALLAH YA AZIZ YA QOWIY YA
MATIN, yang Maha perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh, dengan kekuatanMu Ya Allah,
buang dan longkahkanlah rasa kebencian yang begitu kuat yang telah lama sebati
dalam hati ini.
No comments:
Post a Comment