BAB
1 – APAKAH HAKIKAT KESEDIHAN
Kesedihan
biasanya berpunca dari perasaan sayu dan sedih kerana berlakunya peristiwa yang
menyayat hari yang menghilangkan keceriaan dan kegembiraan yang sedang
dinikmati. Sebagai contoh, peristiwa kematian orang tersayang akan menyebabkan
kesedihan kerana sudah tiada lagi gurau senda dan keceriaan bersama. Contoh
biasa juga, kesedihan akan timbul ketika seseorang itu perpisah dengan orang
tersayang, seperti kawan sekerja bertukar tempat kerja, jiran berpindah rumah,
anak/suami/isteri tiba2 kemalangan atau jatuh sakit kronik. Kesedihan juga
terjadi apabila berlaku fitnah sesama sendiri kerana tersalah faham, tersilap
maklumat dan kesengajaan kerana hasad dengki, yang mana sedihnya terasa dihati
sahabat baik dan orang harapan dan tersayang mengecewakan kita hanya kerana
tersilap sangka dan tersalah faham.
Kesedihan ini
sekiranya berlamaan bertapak dihati manusia akan menyebabkan kemurungan, rasa
hina diri yang melampau dan keputusasaan atau kekecewaan yang berpanjangan.
Biasanya perasaan sedih melampau ini dilihat sebagai satu penyakit psikatri
yang melibatkan ketidakwarasan otak dan dirawat dengan suntikan2 ubat penenang
serta proses kaunseling. Seringkali pendekatan ini tidak mampu menghilangkan
kesedihan tersebut kerana rawatan itu biasanya hanya merawat syimpton, tetapi
punca sebenar kesedihan tidak dirawat.
Sesungguhnya
kesedihan yang berlaku adalah kerana salah faham terhadap kehendak dan takdir
Allah Al Qodir Al Muktadir. Apabila seseorang itu terlalu mencintai seseorang
manusia lain, ianya tidak begitu bagus untuk akhiratnya, kerana ketika cinta
manusia bertapak di hati, cinta Allah tidak mungkin boleh masuk ke dalam hati,
jadi hamba itu tidak mampu mencintai Allah yang mendegupkan jantungnya, memberi
udara kepadanya, mengurus seluruh tubuhnya. Alangkah ruginya sekiranya seorang
hamba itu tidak mampu mendapat cintai Allah dan mencintai Allah, kerana dengan
cinta Allah tadi, dia akan selamat di dunia, alam barzah dan alam akhirat.
Apabila Allah melihat hati hambaNya penuh dengan cinta manusia, Allah akan bantu
membuangnya dengan mencipta pelbagai peristiwa yang akan menyebabkan hambanya
dipisahkan dengan orang tersayang, agar hatinya terdidik mencari cinta Allah,
kerana Allah itu sifatnya Maha Pengasih Penyayang dan tidak pernah mengabaikan
makhluqNya, sentiasa memberi rezeki, kesihatan dan pelbagai lagi kurniaan. Oleh
itu segala kekecewaan, perpisahan, penderitaan dan pelbagai perasaan kesedihan
adalah kesilapan yang dibuat oleh otak kerana tidak pasrah dengan tarikan Allah
kepadaNya. Seringkali manusia menyangkakan Allah memberi azab kepada hambaNya,
sedangkan Allah itu tidak akan sifat zalim, sentiasa penuh dengan kasih sayang.
No comments:
Post a Comment