BAB
7 – MERAWAT BARAH KEBENCIAN DENGAN JAHITAN KASIHSAYANG
Perasaan benci
yang membuak dan berlamaan akan menyebabkan barah di hati dan sekiranya
dibiarkan berlamaan, akan menyebabkan pelbagai penyakit jasad yang kronik
seperti sakit jantung dan barah, kerana hati yang benci akan menyebabkan
ketidakseimbangan hormon tubuh, yang menyebabkan ketidaklancaran pada
pengaliran darah dari jantung ke seluruh tubuh. Boleh gunakan tips berikut
untuk merawat barah kebencian dihati:
YA ALLAH YA JAMI’ YA MU’ID YA RAHMAN YA RAHIM, Engkaulah yang Maha
Menyatukan, Maha Mengembalikan, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, cantumkan
kembali luka2 dihatiku yang mengakibatkan barah kebencian dihati ini,
kembalikan hati ini kepada fitrahnya yang sebenar dengan jahitan kasih sayangMu
Yang akan menjahit luka2 yang berpunca dari barah kebencian dihati dan rawatlah
hati ini Ya Allah dengan rawatan kasih sayangMu yang mengalir di hati ini.
No comments:
Post a Comment