BAB
2 – TEKNIK MENUKAR KEBENCIAN KEPADA KASIHSAYANG
Untuk menukar
perasaan benci kepada kasih sayang ketika tidak mendapat apa yang diingini
daripada seseorang atau pelbagai kekecewaan, perlulah bermakrifat bahawa tidak
wujud peristiwa kekecewaan itu sebenarnya, hakikatnya yang ada hanyalah ujian
Allah dan kasih sayang Allah Ar Rahim dan sedikit teguran Allah Al Mani’,
ketika Dia mencegah sesuatu, teguran Allah Al Qohhar Al Jabbar ketika Dia
menundukkan dan memaksakan sesuatu, dan peristiwa2 itu merupakan proses
pelajaran bagaimana Allah Al Alim mengalirkan ilmu kepada seseorang sebagai
panduan hidupnya di dunia.
Amalkan zikir
dan doa berikut untuk menukar definisi kebencian kepada kasihsayang dan
seterusnya menghilangkan perasaan benci dan
menimbulkan perasaan kasih.
1.
YA ALLAH YA BATHIN, yang maha
menghilangkan, hilangkan perkataan benci dalam hatiku dan fikiranku agar daku
tidak membenci sesama manusia. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah
mengajar ummat baginda benci membenci sesama manusia, melainkan hanyalah
berkasih sayang dalam setiap perkara.
2.
YA ALLAH YA ZOHIR YA RAHMAN YA
RAHIM, yang Maha Menampakkan, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, nampakkan
dalam fikiran dan pandangan matahatiku akan perkataan kasih sayang sentiasa
disebalik setiap peristiwa yang Engkau datangkan Ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment