BAB 3 – TEKNIK MENGFATAMORGANAKAN KESEDIHAN
Sesungguhnya
kesedihan itu hanyalah sebuah fatamorgana yang lahir dari persepsi yang dibuat
oleh fikiran manusia. Ingatlah, sekiranya anda membuat persepsi yang salah
terhadap Allah, Allah Ya Hakam yang maha menghukum akan menghukum anda sedikit
di dunia ini agar anda terselamat dari hukuman di akhirat. Hadis Qudsi ‘Allah
itu seperti persangkaan hambaNya terhadapNya’. Oleh itu walaupun kita kadang2
tidak mampu memahami perbuatan Allah kepada kita, tetapi jangan membuat andaian
salah kepada Ya Rahman Ya Rahim Ya Quddus Ya Karim. Didik dan pupuk hati untuk
menerima dengan redha dan pasrah, kemudian galilah ilmu Allah yang sangat luas
ini agar dirimu mengerti tentang cara Allah mengendali dunia dan seluruh
isinya. Bacalah zikir ini untuk memantapkan anda ketika ditimpa kesedihan –
‘Ya
Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, hambaMu yang jahil ini merintih sedikit
ilmuMu agar daku dapat memahami hakikat setiap peristiwa yang sesungguhnya
perbuatanMu jua.
Ya Bathin, yang maha menghilangkan, hati ini sentiasa Nampak
akan makhluqlah yang melakukannya, sedangkan makhluq itu untuk membuka kelopak
matanya pun tidak mampu, apatah lagi untuk mencipta pelbagai peristiwa di dunia
ini.
No comments:
Post a Comment