BAB
4 – TEKNIK MANDI DENGAN AIR MAWAR KASIHSAYANG UNTUK MENYUCI KEBENCIAN
Sesungguhnya
kebencian itu seumpama sesuatu yang sangat kotor dan busuk yang wujud di hati
manusia. Dan kasih sayang itu seumpama wangian air mawar yang ketika dijirus
kehati, terasa wanginya semerbak dan hilanglah kebusukan kotoran kebencian itu.
Tambah lagi tips berikut untuk terus mendidik jiwa dan mentransformasi diri
menjadi insan penyayang tanpa benci.
1.
YA ALLAH YA QUDDUS YA JALIL,
yang Maha Menyucikan dan Maha Menjernihkan, suci dan jernihkan hatiku dari
perasaan benci sesama kami yang menjadi kotoran dalam hati kami yang
menyebabkan kebusukan hati yang akan melahirkan pelbagai sifat2 buruk dan
busuk, kerana kebencian itu adalah kotoran hati yang akan mendatangkan pelbagai
penyakit hati dan jasmani.
2.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA
BADI’, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Indah, alirkan rasa
kasihsayang antara kami yang akan menjadikan hati kami indah dan wangi seumpama
indah dan semerbaknya mawar wangi, sesungguhnya ketika mengalir kasihsayangMu
itu, keluarlah kebencian dihati yang sesungguhnya merupakan kebusukan yang
melahirkan sifat2 mazmumah.
No comments:
Post a Comment