Bab 10
Penghayatan ayat 71-75
HILANGKAN
DAYA MAKHLUK, BESARKAN DAYA ALLAH
Allah
menegaskan lagi tentang pemberian nikmatNya. Allah beri bisnes dengan daya dan
kuasa Allah, namun manusia sering merasakan dialah milik kepada bisnes
tersebut. Semuanya adalah hasil usahanya sendiri. Manusia memandang orang kaya
dan melihat daya orang kaya itu yang hebat. Haiwan ternakan atau apa saja
bisnes atau pekerjaan manusia, Allah jadikan ia mudah untuk manusia beroleh
rezeki untuk hidup dan menikmati manfaat-manfaat kehidupan yang lain. Tapi
manusia tetap tidak menunjukkan perlakuan mereka sebagai bersyukur!
Alhamdulillah hanya di bibir dan otak, tapi adab hati dengan Allah jauh sekali
menyimpang. Mereka mencipta pelbagai tuhan lain untuk diagung-agungkan seperti
bos yg baik, suami yang kaya, otak ku yang cerdik, dedikasi diriku, pelanggan
yang ramai kerana diriku yang bijak menyusun strategi. Manusia memuji diri
sendiri. Malah apabila ditimpa susah, manusia yang tidak merasai akan dekatnya
Allah ini memilih untuk berusaha sendiri dan bersandar dengan makhluk. Di kedai
penuh CCTV kerana takutkan rugi dirompak pencuri, membeli insurans merata-rata
takutkan kerugian dan kecelakaan, memasang pagar tebal dan tinggi bimbang rumah
dimasuki pencuri, membeli kereta mewah kerana bimbang akan keselamatan di
perjalanan. Allah menegaskan, tidak satupun makhluk-makhluk itu mampu untuk
menyelamatkanmu di dunia dan hari akhirat. Bergantung dengan makhluk telah
menjejaskan akidahmu maka apakah Allah akan mengira kamu orang yg beriman? Oleh
itu, marilah kita perbetulkan suasana hati kita dengan Allah. Zahir kita
bergerak mengikut sunnah dunia, namun hati bergantung dan menyerah bulat-bulat
kepada Allah. Lucutkan daya makhluk. Pasanglah CCTV di kedaimu, tetapi hati
harus seratus peratus isytihar Allah lah sehebat-hebat pemerhati, iaitu Allah
al-Khobir.
Teknik membuang daya makhluk:
Ya Allah ya Bathin
Ya Allah yang Maha Melenyapkan, hilangkanlah
penglihatan mata bathinku akan kekuatan daya makhuk, hilangkan kebergantunganku
kepada makhluk. Sesungguhnya makhluk tidak mampu untuk memberi manfaat dan
keburukan kepadaku melainkan dengan izinMu.
Teknik menampakkan daya Allah:
Ya Allah ya Zohir
ya Somad ya Baari’
Ya Allah yang Maha Menzahirkan dan Maha
Diharapkan, zahirkanlah pada pandangan matahatiku bahawa setiap kejadian itu
datang daripadaMu dan setiap saat daku melihat dan bergantung kepadaMu. Ya
Baari’ yang Maha Mengatur agenda, sesungguhnya setiap yang berlaku adalah di
dalam kekuasaan dan aturan agendaMu yang telah ditetapkan. AgendaMu sentiasa
lebih hebat dari agenda manusia.
No comments:
Post a Comment