Bab 5
Penghayatan ayat 33-44
HIDUP
UNTUK MEMUJI ALLAH YA HAMIID
Bukti
1: Bumi yg mati dihidupkan Allah, dijadikan biji-bijian untuk mengisi perut
manusia.
Bukti
2: Allah jadikan kebun-kebun kurma dan anggur dan mata air supaya dapat dimakan
Maka
tunjukkanlah syukur kepada Allah. Jawablah persoalannya di ayat 35:
“Ya, kami bersyukur ya Allah. Ya Syakur, alirkanlah energy kesyukuran sentiasa dalam hati
kami akan nikmatMu yang melimpah ruah.”
Bukti
3: Dijadikan Allah makhluk berpasang-pasangan.
Bukti
4: Dicabut siang, maka jadilah malam yang gelap gelita.
Bukti
5: Matahari beredar pada orbitnya mengikut garis yg telah ditetapkan oleh Allah
yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa.
Bukti
6: Tidak seperti matahari, bulan dijadikan mempunyai beberapa peringkat seperti
roda iaitu akan kembali kepada kedudukan yang asal.
Bukti
7: Malam dan siang tidak boleh bersatu. Matahari dan bulan tidak boleh bertemu
kerana masing-masing mempunyai orbit yang tersendiri.
Bukti
8: Allah mengizinkan manusia untuk mengembara. Oleh itu, usahlah takut untuk
meneroka alam Allah di hutan, laut, udara kerana jika hati bergantung
sepenuhnya kepada Allah, hati akan yakin bahawa tiada yang boleh memudaratkan
manusia jika Allah tidak menghendakinya.
Teknik untuk sentiasa memuji kekuasaan Allah:
Ya Allah ya
Hamiid ya Kholiq ya Baari’ ya Musowwir ya Hakiim ya Baaqi
Ya Allah yang Maha Terpuji hanya Engkau yang
layak dipuja dipuji kerana Engkau yang Maha Mencipta, Maha Mengatur, Maha
Kreatif, tanamkan dalam jiwaku akan keinginan untuk sentiasa memuji kehebatanMu
dalam mencipta alam yang daku tidak mampu memikirkan proses kejadiannya, tujuan
dijadikannya, manfaatnya kepadaku. Dikau yang Maha Mengatur, menyusun planet-planet
di atas orbitnya sendiri. Dikau yang Maha Kreatif sentiasa dapat dilihat daripada
pelbagai ciptaanMu. Sesungguhnya Dikau ya Hakiim amat bijak mengatur alam.
Kurniakan daku kebijaksanaan untuk mengkaji alamMu yang luas terbentang dan
hati yang sentiasa lembut memuji kebijaksanaanMu. Ya Allah ya Baaqi yang Maha
Kekal, kekalkanku dalam keadaan hati sentiasa memujiMu.
No comments:
Post a Comment