Bab 9
Penghayatan ayat 69-70
ROH
AL-QURAN
Al-Quran
ini bukanlah untuk dijadikan sya’ir yang dinyanyi-nyanyikan, didendang-dendangkan,
dibaca-bacakan tanpa penghayatan. Apakah syair? Syair atau lagu dinyanyikan
pada masa lapang, bertujuan untuk keseronokan. Manusia berkomunikasi tidak
dalam bentuk lagu. Apatah lagi berkomunikasi dengan Tuhan sekalian makhluk? Bagaimana
mungkin Allah berkomunikasi sesuatu yang tegas tetapi dalam mod berlagu dan
santai? Ayat al-Quran digalakkan dibaca dengan penuh sopan, berlagu tidak
salah. Namun, tidak mencapai matlamat sebenar hakikat al-Quran sekiranya ia
hanya di bibir. Sesungguhnya jasad akan hancur, namun roh akan kekal
selama-lamanya. Al-Quran perlu digendong oleh roh.
Ayat-ayat al-Quran adalah kalam-kalam Allah
yang harus diFahami dan diHayati dan diKaji. Penciptamu sedang berdialog
denganmu. Bukankah al-Quran untuk seluruh umat Nabi Muhammad, mengapa pula kamu
mengkhususkan kata-kata ini hanya kepada Nabi seorang? Bukankah Allah banyak
kali berpesan Rasulullah saw adalah sebagai pembimbing, penunjuk jalan,
penyampai pesanan-pesanan Allah. Al-Quran akan dirasakan penting untuk
dijadikan peringatan bagi orang-orang yang celik hatinya. Namun bagi yang masih
terhijab, mereka meletakkan pelbagai alasan untuk tidak mengkaji al Quran.
Tidak mengakui bahawa Allah ya ‘Alim yang paling layak mengajarkan al-Quran
kepada setiap manusia. Terdapat sebilangan ayat Allah yang mengesahkan Allah
lah guru al-Quran kita. Ini boleh dirujuk pada ayat-ayat berikut:
al-Baqarah:151; al-Jumu’ah:2; ar-Rahman:2; Yaasin:69; an-Nisaa’:113;
Ali-Imran:48; al-Baqarah:239.
Maka selami
dan kajilah al-Quran, ia lebih baik dari mengejar juz dan pusingan khatam.
Teknik menaikkan semangat untuk memahami
al-Quran:
Ya Allah ya Ba’its
Ya Allah yang Maha Memberi semangat, tanamkan
semangat dalam jiwaku untuk sentiasa memahami, menghayati dan mengamalkan
kalam-kalamMu. Jiwa ini sering leka akan mengejar-ngejar juz dan khatam
berbanding dengan memasukkan roh al-Quran itu ke dalam hatiku.
Teknik mengurangkan kebergantungan kepada
jumlah bacaan al-Quran berbanding memahami al-Quran:
Ya Allah ya
Mumit ya Naafi’
Ya Allah yang Maha Memutuskan, putuskanlah
hatiku dengan tali nafsu yang menjerutku selama ini dalam menyibukkan diri
melayan nafsu dan tipudaya syaitan. Sesungguhnya kini daku sedar, al-Quran itu
Dikau jadikan untuk difahami selain dibaca. Iaitu dibaca dengan hati. Ya Allah
yang Maha Memberi manfaat, manfaatkanlah setiap bacaan al-Quran ku. Janganlah
bacaan al-Quran ku selepas ini menjadi sia-sia tanpa mendapat redhaMu.
No comments:
Post a Comment