Bab 6
Penghayatan ayat 45-58
USAH
BERTANGGUH LAGI…
Apabila
dikatakan kepada kamu rasailah kehadiran Allah sentiasa di depan dan
belakangmu, percayalah, nescaya kamu akan sentiasa dirahmati Allah. Namun,
walaupun banyak bukti ini, manusia masih berpaling. Orang-orang sesat ini juga
tidak mahu menginfakkan energy yang
ada dalam dirinya yg telah dialirkan oleh Allah iaitu energy kebaikan,
kebijaksanaan daripada 99 Asmaul Husna. Sebaliknya, mereka mengatakan tidak perlu
untuk menginfakkan tenaga dan tidak perlu berdakwah, kerana hidayah tetap
datang dari Allah jua. Biarlah Allah saja yang menunjukkan mereka kepada jalan
yang benar. Biarlah aku terus-terusan beramal untuk memperbaiki kedudukanku di
akhirat nanti. Ingatlah, inilah jalan yang sesat. Setiap saat, seorang hamba
adalah khalifah iaitu tentera Allah.
Buangkanlah kemalasan dan perasaan
berlengah-lengahmu wahai pembaca surah Yaasin. Janganlah masih direkodkan di
kamus otakmu bahawa kiamat lambat lagi atau ajalmu lambat lagi. Allah
mengajarkan di dalam surah ini untuk sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi
saat kematian. Rasailah setiap saat adalah saat terakhirmu untuk beriman kepada
Allah. Setiap solat adalah solat terakhir. Setiap mad’u yang dijumpakan oleh
Allah untuk dibimbing adalah mad’u yg terakhir.
Kerana kamu tak akan tahu betapa ruginya
orang-orang yang dibangkitkan di padang mahsyar nanti dalam keadaan menyesal.
Berpisah dari golongan yang beriman iaitu yang mencapai maqam Ihsan yang
dimasukkan Allah ke dalam syurgaNya yang penuh dengan nikmat melimpah ruah.
Teknik untuk tidak bertangguh:
Ya Allah ya
Muqaddim ya Muakhir ya Rashid Ya Mumit
Ya Allah yang Maha Mempercepatkan dan Maha Melambatkan,
dialirkan energy kecepatanMu ya
Rashid dan daku memohon dibuangkan perasaan bertangguh dan melengah-lengahkan
dalam menuruti perintahMu. Sesungguhnya ajalku akan tiba bila-bila masa saja
dari sekarang. Ya Mumit, matikanku dalam keadaan diredhaiMu.
No comments:
Post a Comment