Bab 7
Penghayatan ayat 59-64
FIKIR
DENGAN MATA HATI
Telah
Allah pesan di awal surah bahawa syaitan diizinkan memasuki salur darahmu,
diizinkan untuk mengepung pemikiranmu, namun Allah juga menghantar utusan-utusan
dan detikan-detikan hati yg mampu membebaskanmu dari belenggu hijab syaitan
ini. Allah mencipta pelbagai makhluk dan peristiwa untuk dijadikan renungan
agar kamu lebih bersyukur dan berfikir menggunakan hati. Maka, dengan kesedaran
bahawa syaitan adalah musuhmu yang nyata, kamu sepatutnya memohon kepada Allah
untuk dibebaskan dari belenggu tersebut agar tidak terus di dalam kesesatan.
Allah menegaskan bahawa sebahagian besar dari
umat manusia hari ini telah disesatkan oleh syaitan. Zoom out sejenak. Fikirkan dan renungkan sejenak. Siapakah
sebahagian besar itu? Apakah diri ini tergolong di dalam ‘sebahagian besar’
tersebut? Menurut statistik, umat Islam di dunia sekarang ini adalah 23%
daripada keseluruhan manusia. Apakah sebahagian besar yang dikatakan Allah itu
terdiri dari 23 peratus ini? Perlu difahami secara logik dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan sesat. Sesat dan gelap adalah dua jalan yang berbeza. Apabila
berada di dalam gelap, seseorang lebih cenderung untuk berhenti dan duduk
setempat. Orang-orang yang menyembah Tuhan berhala seperti penganut agama lain
adalah yang tergolong dalam kegelapan. Mereka tidak jumpa Allah dan tidak
memilih untuk keluar dari kegelapan tersebut. Sepertimana kaum jahiliyah. Manakala,
orang yang sesat jalan adalah orang yang mencari-cari jalan, tetapi tidak
menjumpai jalan yang betul kerana terus-terusan mengikut penunjuk arah yang
salah. Akibatnya, dia cenderung untuk berpusing-pusing dan berpatah balik.
Adalah lagi parah apabila pengembara tersebut tidak menyedari bahawa dia sedang
sesat, makanya perjalanannya dirasakan selesa namun tersasar dari jalan yang
sebenar. Maka, Allah menyeru untuk BERFIKIR. Dan Allah memperingatkan, orang
yang mengikut jalan syaitan ini dijanjikan Allah neraka jahannam.
Teknik memohon otak bathin dan zahir sentiasa
merenung kehebatan Allah:
Ya Allah ya
Fattah ya Zohir ya ‘Alim
Ya Allah yang Maha Membuka, bukakan mindaku
seluas-luasnya agar dapat menghayati akan kebesaranMu. Ya Zohir, perlihatkanlah
di hatiku akan keagunganMu sepanjang masa. Ya ‘Alim, alirkan energi ilmu dan
pemahaman kepadaku agar daku mampu merenung akan kekuasaanMu di sebalik setiap
makhluk dan peristiwa.
Teknik memohon jalan yang benar:
Ya Allah Ya
Nuur Ya Haadi
Ya Allah, yang Maha Memberi cahaya dan
petunjuk hidayah, bukakan jalan kepadaku agar daku mampu mendekatkan diri
kepadaMu dengan jalan yang benar. Terangilah hatiku dengan cahaya dan hidayahMu
agar setiap gerak-geriku dipimpin oleh cahaya kebenaran dariMu.
No comments:
Post a Comment